Sunday, October 17, 2010

PAKEJ JAMBU ARINI BARU DILANCARKAN JADILAH PENIAGA TERAWAL MENCUBA PRODUK KAMI


menarik menhgenai pakej kami ini .

* PENIAGA AKAN DIBERI TUNJUK AJAR BAGAIMANA MENGHASILKAN JUS JAMBU..
* DPAT MENGURANGKAN KOS PEMBELIAN JUS JAMBU DAN SETERUSNYA MELIPATGANDAKAN HASIL JUALAN
* ASAMBOI ARINI DIJUAL KEPADA PEMBELI PAKEJ INI DGN HARGA RM10 1 KG SAHAJA

kepada berminat boleh la hubungi kami
0177028347 @ jambubatudotcom@gmail.com

Sunday, September 19, 2010

salam aku mencari pekerja...
nak jaga stall jambu aku kat batu 11 dan simpang empat gambang sebelah tasik

( berhadapan caltex)

ado sesapa berminat leh sms ke no aku nie 017-7028347

gaji RM550 ( permulaan. sebulan percubaan)

( keje isnin jumaat )

( sabtu ahad cuti - klu nak obertime leh bincang)

start kul 11.00pagi- 6.00ptg

job description :
pandai jaga stall.
paling penting tepati masa datang keje.
amanah dan jujur.

Tuesday, July 6, 2010

Pakej jambu arini -

KEPADA SESIAP YANG BERMINAT U NTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN JAMBU anda bolehla menghubungi kami.. untuk mengetahuinya..


kini anda boleh memulakan perniagaan jambu anda. pihak kami bersedia membekalkan bekalan bahan mentah kepada peniaga2-peniaga kami


(kepada yang berada diluar kawasan kuantan anda boleh juga menjalankan bisnes ini dengan hanya mengeluarkan modal. dan perniagaa diuruskan oleh pihak kami. pembahgian keuntungan akan di ceritakkan melalui email sekiranya berminat)

Sunday, June 6, 2010

SELAMAT KEMBALI ...

LAMA SUNGGUH AKU TAK UPLOAD BLOG AKU NIE...
so far perniagaan jambu aku nie berjalan seperti biasa...
stock pun alhamdulilah.. pendapatan pun alhamdulillah....
nnt aku akan uploadkan senarai2 rakan2 kongsi aku yang telah menggunakan jus jambu arini nie....

tak sempat nak amik gambor ker per...
nnt akan aku ceritakan lagi bagaiman teknik2 untuk menjual air jambu ini...

Wednesday, April 14, 2010

MINGGU PENUH KESEDIHAN

ALHAMDULILLAH JUALAN SESAMA KONSERT HARI ITU MEMBERANGSANGKAN....
namun aku diduga oleh pemergian arwah ayah tok pada tanggal 12 april 2010. ayah tok pergi buat selama-lamanya akibat sakit tua dan juga komplikasi pada peparu..

so bisnes jambu aku minggu nie agak perlahan... tapi takper minggu nie aku akan membuat jualan di bazar ghodong tempat aku cari makan ngan promotion baru.. heheheh ..
nnt akan aku uploadkan gamabr peniaga di bazar ghodong.. coz mengikut event manger minggu nia akan diadaka. paintball target range dan juga pertunjukan pameran gasing traditional.. semoga akan rmi lagi kehadiran pengunjung ke bazar ghodong...

Wednesday, April 7, 2010

MINGGU PENUH DENGAN JUALAN

ALHAMDULILLAH..
sok aku dapat tapak dalam kwasan aku kerja nie...
tapak kecik jer... semapena hari pelancaran wanita dan konser amal
FAIZAL TAHIR AMY SEARCH N FARAH AF2semalam pun aku dah berkenalan nagn sowang peniaga. yang aku kenal dari BAZAR GHODONG. dan dia pun berminat untuk memasarkan jambu arini dan asamboi arini..untuke permulaan aku letak 10kg dulu jambu tgk market macam mana..

so minggu nie aku sibuk sedikit la JUMAAT - ump
SABTU n AHAD di = bazar ghodong...

Thursday, April 1, 2010

ALHAMDULILLAH...

ALHAMDULILLAH AKU BERJAYA MENDAPATKAN TAPAK UNTUK AKU BERNIAGA TANPA TAKU2 NGAN PBT
nak tau kat mana.. kat sini

SO SELEPAS INI AKU AKAN KUKUHKAN LAGI PENGELUARAN JAMBU N ASAM AKU NI. aku akan jadikan tapak bazar ghodong nie sebagai tapak untuk akun menjadikan one stop center untuk sesiapa yang berminat untuk berniaga jambu. dan mendapatkan jambu keluaran ku yang dinamakan JAMBU ARINI.

ANTAR PROSES YANG TELAH SELESAI DI LAKSANAKAN.
1- MENCARI TAPAK OPERASI
2- MENCARI PEMBEKAL MURAH UNTUK PRINTING MENGENAI PRODUK AKU NIE
3- MENCARI PEMBEKAL BOTOL JUS DENGAN HARGA BERPATUTAN
4- MENCARI PEMBEKAL / PEMBORONG JAMBU YANG DAPAT MEBERIKAN HARGA YANG BAIK

ermm alhamdulillah ... ALLAH MEMUDAHKAN AKU DALAM URUSAN SEMUA INI

so next projek aku plak adalah menanam pokok jambu.. so far alhamdulillah benih2 yang aku semai start dari aku mula berniaga dah menampakkan hasil.. semenyer dah tumbuh2 menampakkan daun hijau... nanti aku uploadkan gambarnya..

YA ALLAH BANTULAH HAMBAMU INI BERILAH KEKUATAN KEPADA HAMBAMU INI..

nntkan coretanku selepas hari sambtu atau ahad ini.... permulaan pertama meniaga ditempat baru.. :)

dan jagn lupa jemputlah ke bazar ghodong yer sesiapa yang berada di kuantan pahang...

Thursday, March 18, 2010

alhamdulillah.. hari nie 18/3/2010 aku tersalah bajet sepatutnya amik stok lebey tetapi terkurang..
takper la rezeki setakat nie jer.. so rileks la 2 hari nie harapa stock jambu smapi la sok leh gak berbisnes ujung minggu nie...

so far minggu nie sales alhamdulillah Allah memberikan rezeki padaku.. amin...

projek jambu arini dalam proses mengikut percent dia baru 10% in progres..

dok pikirkan macammana nak bnykan lagi hasil jualan aku nie..

takper ada rezeki ada tak kemana.. yang penting aku harus berusaha meningkatkan taraf ekonomi aku.. aku dah jumpa lokasi menarik nie tapi tue la tiada plak org yang berminat takper suatu hari nnt mesti ada... saborrrr.. tumpukan satu kawasan nie jer duluu..... slow2..

" YA ALLAH HAMBAMU BERSYUKUR DEGN REZEKI YANG DI BERI" amin...

Tuesday, March 9, 2010

hari ini design telah siap

akhirnya hasil aku untuk membuat tempahan banting siap.... so sekarang tgh duk menunggu quatation harga yang termurah so.. sesiapa berminat MEMULAKAN perniagaan jambu potong nie leh la menggunakan brandding aku nie.. utk tempahan aku kenakan harga sama cam aku punya harag.. kowang just tambah duit pos jer.. almaklumla aku nie di kuantan... diluar kuantan hangpa bayar duit pos jer.. TIADA MACKUP HARGA PRINTING... harga termurah yang aku dapat tue la kau bagi kat kowang...

NNTKAN PROJEK JAMBU ARINI FRANCAIS YANG PASTI BOLEH KOWANG DAPATKAN. TAK PERLU MODAL BESAR2 RIBAN2... AKU DALAM PROSES MENDAPATKAN HARGA TERENDAH DAN KORANG AKAN DPT HARGA ITU JUGA..

ANTAR DALAM PROJEK AKU ADALAH

- T-shirt jambu arini ( agar nampa lebey proper)
- 1 BANTING (6X12 KAKI) JAMBU ARINI
- 1 POSTER JAMBU ARINI SESUAI DILETAKKAN D KHEMAH KOWANG BERNIAGA
-1 POSTER MEJA BERUKURAN 5X12 KAKI
- DUA POSTER UNTUK JAMBU POTONG N JUS JAMBU WITH ASAMBOI SPECIAL

dari segi meja dan khemah aku rasa penieaga tue sendiri leh carikan agar lebih murah dan cos pun lebig kecik dari suruh org lain carikan... hasrat aku hanya supay peniaga jambu arini nie dapat memulakan perniagaan dgn penuh yakin

so tujuan aku bukanlah menandini sesiapa yang telah bertapak di dunia jambu nie.. aku sekadar mencuba nasib dan kepada seiap yang berminat untuk menceburi perniagan jambu potong nie boleh lah bertanya2kan.. sebab aku dalam proses nak menapkkan brandding aku nie so kepada sesiapa yang ingin cuba kelainan boleh lah....

nntkan perkembangan aku,,,

Ini hari aku mencuba nasib berniaga kat pasar malam UMP semoga rezeki menyebelahi aku hari ini... aminnn.....

TARGET INCOM RM 300 jer utk ptg nieee...........

ALHAMDULILLAHH..

so far hampir dua minggu aku menjalankan perniagaan jambu arini aku ini..
penerimaan terhadap asam boi pun cukup menggalakkan dan pelanggan berpuas ati.
anggaran pendapatan aku untuk minggu nie adalah lebey kurang rm200. walaupun aku bermula kecil2lan dengan meletakkan jmabu aku di tempat kerja aku aku berpuas ati dengan hasil nya.

agak mengejutkan permintaan air jampu aku amat menggalakan kerana permintaan air jambu melebihi permintaan jambu potong aku... so far aku jual RM1.00 jambu n jus jambu buatan aku yang diber nama JAMBU ARINI ini..

so minggu nie aku maybe akan bukak khemah jual air jambu kat bandar plak nak try2 tgk market.. harap2 MPK tak kaco la yerr...

so dalam perancangan aku aku sedang mendapatkan harag terendah untuk aku :

1- printing banner - jambu arini
2- khemah semurah mungkin aku akan cari
3 pembekal jambu yang leh bagi aku harga plag lumayan dan aku boleh kongsi harag yang aku dapat ngan org lain yang berminat menjalankan perniagaan jambu potong nie....


so nnt aku uploadkan design untuk jambu ARINI aku nie yer...

YA ALLAH PERMUDAHKAN LAH AKU UNTUK MENCARI REZEKI.... AMIN...

PENJUAL JAMBU JUGA BOLEY MENJADI JUTAWAN....... AMINN...

Wednesday, January 27, 2010

beritaaa sedeyyy

WAAAA dugaan aku nak memulakan perniagaan jambu nieeee

baru pie submit borang overlap BANK RAKYAT...

tapi tak lepasss sebab aku dah wat maksimummm pinjaman...

ermm nampaknya aku kena cari cara lainnn untukk memulakan modal dan membeli bsebijik payung dan balang air....

supply jambu pun aku dah finalise... asam pun dah settle.. resipi jambu pun dah okiesh.. banting banner,,, pun dah jumpa bro yang leh print murah2 .. so sekarang aku kena mengumpul duit untukk membeli payung.... ermmmmmmm
takper sabor2 dugaan nie...
duk mengumpul hasil jualan kerepek arini aku jer nie.... ermmmmm

Tuesday, January 19, 2010

AKU SI PENJUAL JAMBU

Assalamualaikum w.b.t...


kisah aku ini adalah merupakan perjalan hidup aku dalam mencari nafkah halal. perancangan 2010 ini adalah aku ingin menceburi diri dalam perniagaan Jambu batu. idea tercetus 2 tahun ( x ingat tarikh da) lepas setelah aku termakan jambu batu di kawasan aku di kuantan... start dari awal tahun lepas aku telah mencuba mencari kawsan2 org berniaga jambu batu ini secara khusus untuk jambu batu di sekitar kuantan namun tidak ketemu juga....... aku juga telah berpikir bagaimana aku hendak mencari sumber pendapatan aku yang lebih selain dari aku menjual kerepek Arini aku nie .... sambil duduk termenung dan memikirkan sumber keewangan aku yang kurang aku telah terpikir.... awat la aku tak berniaga jambu di hujung minggu... ermmmm baguih jugak idea aku nie hehehhe.. so aku telah membuat perancangan awal untuk mengenal pasti pembekal jambu yang boelh aku dapatkan bahan mentah selain xperimental terhadap asam yang aku wat.... so far aku dah berpuas hai dengan asam aku ni.. n dok tunggu pembekal buah jambu yang betul2 kaww untuk aku memulakan penjelajahan JAMBU BATU ARINI pula...... Ya Allah kuatkanlah semangan aku untuk meneruskan perniagaan aku kali ini.... moga tahun 2010 nie dapat memberikan aku pendapatan yang berpatutan agar aku dapat membantu org lain pula... amin....


* sekarang dok tunggu quatation bekalan jambu n modal nak beli khemah.. sambil2 dok nunggu aku design la skit banting jambu yang akan aku keluarkan nnt.... selain tue juga dok piokir mengenai trade mark yang akan aku gunakan........ pikio2 dok pikio aku menggunakan ARINI .. sebabnya.... nnt aku ceritakan.. hehehehhe okiesh la posting untuk hari ini